Saturday, March 10, 2012

Ape EH tamadun?



Dari segi definisi "Tamadun" ianya membawa maksud sesuatu yang lahir dan kembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan- perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang berupa niskala (abstrak) mahupun yang berupa sekala (material).


Sementara "Tamadun Islam" pula merupakan suatu tamadun yang telah diadun dalam bentuk antara bangsa.  Sifatnya terbukti di dalam berbagai-bagai bidang kemajuan, terutama sekali dalam bidang kesenian, dan ini termasuk juga senibina. Berbagai-bagai bentuk hasil kesenian dan senibina adalah lahir daripada Tamadun Islam. Adunan ini berpandukan kitab perundangan Islam, iaitu al-Quran dan al-Hadis.Ia adalah tamadun yang baru, melambangkan keperibadian Islam yang terus berkembang untuk memberi sumbangan terhadap kehidupan manusia keseluruhannya.


No comments:

Post a Comment