Thursday, April 26, 2012

indahnya warna....

Warna

Nabi Muhammad berkata seperti yang dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim, yang bermaksud, “Setiap bayi yang lahir itu adalah suci bersih. Maka ibu bapalah yang menjadikan mereka sama ada Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.”
    Melalui hadis ini, kita beroleh pengajaran bahawa anak-anak adalah umpama kain putih. Ia dapat dicorakkan dengan warna apa sahaja mengikut kemahuan ibu bapa. Sekiranya ia diwarnakan hitam, maka hitamlah ia. Sekiranya ia diwarnakan putih, maka putihlah ia dan sebagainya. Dengan perkataan lain, cara atau bentuk didikan yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak menjadi penentu sama ada seseorang anak itu menjadi orang yang baik dan berjaya ataupun sebaliknya.
    Kita sudah sering kali mendengar hadis ini. Biarpun pelbagai tafsiran yang terkandung di dalamnya, pernahkah kita menganalisa secara mendalam maksud dari sudut pandangan warna? Kata ‘Suci Bersih’ mengingatkan kita kepada warna putih. Warna ‘putih’ ini bukan hanya menggambarkan keaslian dan kefitrahan kejadian kita yang belum tercorak, ia juga menggambarkan suatu asas ilmu warna. Putih adalah warna yang belum berubah menjadi warna yang lain ataupun warna asas yang tersedia bagi dicorakkan. Secara kias, maksud ‘corak’ pada hadis ini tidak lain adalah bagi menggambarkan kewujudan warna-warna lain seperti warna-warna yang ada dalam kejadian dan keindahan alam.
    Hadis ini juga memberi gambaran tentang sebuah perjalanan manusia yang bermula daripada bayi. Perkembangan kita dari satu tahap ke satu tahap umpama mencorakkan kehidupan kita di alam ini. Malah, kita dianugerahkan penglihatan yang diberi oleh Tuhan bagi membolehkan kita mengenali warna-warna alam yang berada di sekeliling kita. Bermula dari alam kegelapan yang tiada warna semasa di dalam kandungan ibu, kita memasuki alam penuh warna tatkala lahir ke dunia. Bermula daripada ketidakfahaman minda mentafsir warna-warna ini, sehinggalah perkembangan minda berupaya mentafsir dan menamakan satu persatu warna-warna itu. Kita mula kenal alam dengan label-labelnya. Awan itu biru, daun itu hijau, tanah itu kehitaman, senja itu kemerahan dan sebagainya.
    Tidak cukup dengan itu, Tuhan menganugerahkan manusia dengan cahaya ilmu sebagai penunjuk jalan. Diturunkan Quran sebagai rujukan dan panduan. Padanya terdapat pelbagai maklumat, sejarah, panduan, manual, perundangan, arahan dan pedoman hidup. Padanya juga dicorakkan kisah dan tauladan sebagai gambaran apa yang mungkin tidak terfikir dan tidak terlihat oleh pandangan manusia.
    Maka, apakah sebenarnya aspek warna ini terhadap manusia? Adakah sekadar untuk menghayati keindahan alam yang dapat dijiwai oleh pancaindera? Ataupun adakah ia punya kesan lain yang lebih daripada itu?
     
Suatu Kisah tentang Warna    

Mari kita berkenalan dengan warna melalui satu cerita yang menarik. Pada tahun 1977 seorang ahli terapi yang terkenal mendapat satu panggilan. Panggilan itu datang daripada Tuan Reverend Everest Strang (Reverend adalah gelaran atau panggilan bagi Ketua Agama Kristian). Beliau meminta ahli terapi itu merawat isterinya yang sedang menderita penyakit kanser kolon ataupun dikenali sebagai kanser usus. Isteri beliau enggan mengambil ubat kerana kecewa dengan kesan ubat yang diambilnya buat sekian lama. Isteri beliau bukan hanya semakin uzur, emosi dan tekanan perasaannya juga terganggu teruk hingga tidak mahu lagi mengambil ubat penahan sakit. Malah, isterinya ini tidak mahu lagi bertemu doktor. Gusar dan bimbang dengan keadaan ini, Tuan Reverend Everest meminta ahli terapi itu mengusahakan sesuatu supaya dapat menghilangkan kesakitan isterinya tanpa memberi tekanan ataupun memaksa isterinya mengambil ubat atau vaksin lagi.
    Apabila ahli terapi masuk ke bilik si pesakit, perkara pertama yang disedarinya adalah keadaan bilik. Dia mendapati kebanyakan benda di dalam bilik itu berwarna merah. Langsir di jendela berwarna merah, kelambu yang digunakan pada katil perempuan juga berwarna merah, permaidani indah yang bercorak berwarna merah, alas meja kecil di sisi katil berwarna merah malah cadar dan selimut yang menutupi perempuan itu juga berasaskan warna merah. Suatu yang jarang dilihatnya. Walaupun unik dan cantik, namun ada suatu yang tidak kena dengan semua aturan warna ini, bisik hati ahli perawat itu.     
    Lantas dengan segera beliau merasakan inilah kunci kesilapan yang mungkin menyebabkan mengapa tahap kesihatan isteri Tuan Reverend Everest semakin teruk walaupun sudah mengambil ubat dan berehat secukupnya. Maka, beliau pun mencadangkan supaya sedikit perubahan dilakukan pada bilik berkenaan. Ahli terapi itu meminta langsir bercorak merah ditukar kepada warna yang kehijauan. Cadar merah ditukar kepada putih bersih. Selimut biru muda menggantikan selimut bercorak kemerahan. Alas-alas meja diganti dengan yang berwarna lembut. Karpet merah digulung lalu dikeluarkan dari bilik itu. Tidak cukup dengan itu, ahli terapi itu juga mengecat mentol bilik itu dengan warna biru.
    Apa yang terjadi selepas itu? Selepas perubahan kepada tema warna bilik itu dilakukan, mereka membiarkan isteri Tuan Reverend Everest berehat kembali ke katilnya. Selepas setengah jam berlalu, resah gelisah wanita itu semakin menurun. Dia kelihatan dapat berehat dan dapat menahan rasa kesakitannya. Dia juga mula mahu mengambil ubatnya kembali. Walaupun bukan pada dos yang penuh, ia suatu perubahan yang ketara dan besar. Malah selepas beberapa hari, wanita ini mula nampak segar dan berselera untuk makan. Hasilnya, dua minggu kemudian, beliau kembali sihat dan dapat melakukan aktiviti biasanya.
    Menakjubkan bukan? Apa keajaiban yang berlaku di dalam kisah ini? Apakah kuasa magik yang digunakan oleh ahli terapi itu?
    Segalanya adalah pada rahsia keajaiban yang tersembunyi di sebalik ‘warna’. Merah sering dikaitkan dengan sesuatu yang merangsangkan. Keterlaluan dalam aplikasi warna merah mengakibatkan keadaan menjadi hiperaktif. Ia merangsangkan sistem badan dengan terlalu kuat dan mengakibatkan suhu badan meningkat dengan cepat, tekanan darah meningkat, emosi gelisah ataupun jadi marah dengan mendadak dan sebagainya. Untuk badan yang tidak sihat, kesan ini memudaratkan dan memperlahankan proses penyembuhannya. Manakala biru pula dikaitkan dengan sesuatu yang melegakan, tenang dan damai kepada sistem badan. Ia memberi kesan rehat, sihat dan selamat kepada minda. Dalam keadaan kes di atas, tubuh yang sakit memerlukan kerehatan yang cukup bagi membolehkan ia menjana kembali kekuatannya. Waktu kerehatan juga membantu sistem imun tubuh dapat melawan penyakit atau virus dalam tubuh. Tanpa kerehatan yang cukup atau sempurna, badan bekerja dalam situasi tertekan. Lalu penyembuhan sukar tercapai.  
    Warna menghantar isyaratnya dalam bentuk getaran. Getaran itu mungkin tinggi ataupun rendah. Manusia pula bertindak sebagai penerima getaran akan memberi reaksi terhadap getaran itu. Seseorang mungkin berasa teruja ataupun mungkin akan berasa lebih tenang pada waktu itu. Ini semua bergantung pada kadar getaran yang diterima oleh sistem manusia.
    Sebelum kita kembara lebih jauh, ayuh kita meneliti beberapa fakta, cerita, kisah, kesan dan segalanya tentang perihal warna.

Apa Itu Warna?

Warna jika dirujuk pada Kamus Dewan edisi keempat membawa maksud ‘kesan yang didapati oleh mata daripada cahaya yang dipantulkan oleh benda-benda (dengan gelombang yang berbeza-beza) yang dilihatnya’. Selain itu warna menurut kamus ini membawa maksud berbagai-bagai dan corak. Sesuai dengan penemuannya, warna sememangnya adalah cahaya yang dipantulkan oleh objek, dalam bentuk pelbagai dan bercorak.
    Jika kita merujuk sumber lain iaitu McGraw-Hill Dictionary of Scientific and Technical Terms, warna ditakrifkan sebagai ‘general term that refers to the wavelength composition of light, with particular reference to its visual appearance’.
    Berdasarkan dua rujukan maksud warna di atas, dapat disimpulkan bahawa warna adalah hasil daripada kepanjangan gelombang cahaya yang berbeza. Panjang ini membuatkannya berbeza antara satu sama lain jika dilihat secara visual. Contohnya apabila kita melihat sesuatu benda berwarna, sebenarnya benda itu memantulkan komposisi cahaya pada panjang gelombang tertentu.
    Warna yang berbeza adalah disebabkan kesan pantulan berbeza yang bergantung kepada panjang gelombang yang dipantulkan.

Negara Islam dan Negara Bukan Islam Menurut Fiqh


Masjid Negara Kuala Lumpur
Para ulama membahagikan dunia kepada beberapa negara berdasarkan persepsi Islam dan era zaman mereka. Mereka juga membahagikannya berdasarkan kepentingan agama dan ke­du­niaan umat Islam. Pembahagian tersebut sebagaimana berikut:

1.   Dar al-Islam (Negara Islam):

Ia merupakan setiap kawasan yang didiami oleh orang Islam dan hukum Islam jelas dilaksanakan.
Ulama Syafie berkata:
  • Setiap negeri yang jelas terlaksana hukum Islam, seperti pengharaman zina dan mencuri. Ia didiami oleh orang Islam, sekalipun bersama mereka turut terdapat ahli kitab atau ahli zimmi;
  • ataupun setiap negeri yang dibuka oleh umat Islam dan mereka bersetuju mengekalkannya di bawah pengurusan orang kafir;
  • ataupun setiap negeri yang pernah didiami umat Islam kemudian mereka diusir oleh orang kafir dari negeri itu.1
Daripada huraian di atas, ulama Syafie  berpendapat, Dar al-Islam ialah setiap negara yang didiami oleh umat Islam, mereka mengharamkan apa yang diharamkan Allah dan meng­halalkan apa yang dihalalkan-Nya. Mereka juga turut meng­golongkan ke dalam Dar al-Islam, mana-mana bumi yang ditak­luk oleh umat Islam; dahulu mahupun pada zaman moden, sekali­pun mereka telah keluar daripada bumi tersebut, ia tetap kekal sebagai Dar al-Islam.
Bagaimanapun, Abu Hanifah r.h.m cenderung kepada definisi lain yang lebih luas skopnya. Beliau berkata:
“Dar al-Islam dan Dar al-Kufr (Negara Kafir) dikaitkan kepada Islam atau kufur berdasarkan terserlahnya Islam dan keamanan, ataupun kufur dan ketakutan di negara tersebut. Islam atau kufur ter­ser­lah berdasarkan terserlahnya hukum hakamnya; iaitu ke­amanan dan keadilan di Dar al-Islam, sebaliknya ketakutan dan kezaliman di Dar al-Kufr”.
Perspektif pendapat Abu Hanifah ini ialah, maksud sebenar sesuatu negara dikaitkan dengan Islam atau kufur bukanlah dilihat pada zat Islam dan kufur, tetapi yang dimak­sudkan ialah keamanan dan ketakutan. Ertinya: Jika umat Islam memiliki keamanan di sesuatu negara secara mutlak, maka ia adalah Dar Islam. Sekiranya keamanan dimiliki oleh non-muslim secara mutlak sedangkan orang Islam dalam ketakutan secara mutlak, maka ia adalah Dar Kufr. Oleh itu, hukum bagi beliau adalah di atas dasar keamanan dan ketakutan, bukan Islam dan kufur. Mengambil kira keamanan dan ketakutan adalah lebih utama.2
Dengan ini, Abu Hanifah melihat kepada perlaksanaan bukan kepada kepercayaan, kerana ia di dalam hati. Begitu juga, beliau tidak melihat kepada kata-kata, kerana kata-kata tanpa pengamalan merupakan musibah, sifat nifaq dan sia-sia.

2.   Dar al-Harb (Negara Perang):

Orang Islam menggunakan nama Dar al-Harb dengan maksud: Negara yang memerangi orang beriman, iaitu “negara Islam”, dan wujud permusuhan antara negara tersebut dengan orang Islam. Ia juga mahu menghapuskan orang Islam, melakukan persiapan untuk memerangi mereka, menghasut agar menentang mereka, mengisytiharkan perang dan menyerang kampung halaman orang Islam. Atas dasar inilah permusuhan antara orang Islam dan kafir pada masa lampau cukup hebat. Oleh kerana itu, definisi bagi Dar al-Harb pada masa dahulu didatangkan selari dengan negara perang pada zaman mereka.
Sedangkan pada hari ini, definisi Dar al-Harb diketahui umum, iaitu negara yang mengisytiharkan perang ke atas orang Islam atau satu wilayah daripada wilayah mereka dengan tujuan menghapus, menceroboh dan permusuhan. Sementara negara yang tidak mengisytiharkan perang ke atas muslimin, ia tidak dikira Dar al-Harb, sebaliknya digolongkan sebagai Dar ‘Ahd (Negara Perjanjian) atau Dar Shulh (Negara Perdamaian) dan sebagainya sebagaimana akan dibicarakan nanti.

Harta Orang Kafir Harbi (Yang Diperangi)

Sekumpulan orang yang mengikut hawa nafsu, mengaku ber­agama Islam telah terjebak melakukan kerja jahil dengan meng­­­halalkan harta non-muslim. Mereka mendakwa non-muslim sebagai kafir harbi dan negara mereka sebagai negara harb (perang). Mereka mengheret umat Islam kepada banyak tohmahan, prejudis dan tuduhan sebagai bangsa liar dan khianat. Elok kita terangkan pandangan ulama tentang persoalan ini.
Para ulama berkata: Apabila seorang muslim memasuki Dar al-Harb yang mengisytiharkan perang terhadap Islam; dia memasuki negara tersebut melalui perlindungan keamanan. Kemudian dia mengambil harta seorang kafir harbi di negara tersebut untuk berurusan dalam perdagangan, wadi‘ah (deposit), belian atau jualan secara hutang, atau qiradh (pelaburan), maka nilai harta yang ditanggungnya itu wajib dilangsaikan kepada kafir harbi tersebut mengikut tuntutan aqad (kontrak).
Apabila kafir harbi tersebut keluar (daripada negaranya) ke negara Islam dengan memperolehi perlindungan keamanan, hakim hendaklah menjatuhkan hukuman ke atas muslim tadi agar dia melunaskan kewangan tersebut menggunakan hartanya. Iaitu sebagaimana dia menjatuhkan hukuman bagi orang muslim yang berada di Dar al-Islam.
Ini kerana hukum hakam ke atas muslim tetap berjalan di mana sahaja dia berada. Kita tidak menggugurkan hak kewajipan kerana berada di sesuatu tempat, sebagaimana kewajipan solat tidak gugur kerana berada diDar al-Harb. Hukum ini dikenakan jika pemilik harta tersebut seorang kafir harbi dan negaranya adalah negara harb (perang)3. Apa pula pandangan kita jika negara tersebut Dar Aman atau Dar ‘Ahd ataupun wujud antara umat Islam dan negara tersebut perjanjian, pertukaran wakil diplomatik, para duta, hubungan perdagangan dan import, transaksi kewangan, bank dan lain-lain. Bukankah (sewenang-wenang menghalalkan harta non-muslim secara tidak betul) merupakan suatu yang tidak berperaturan?!
Ya, hukum asal harta kafir harbi adalah harus (diambil). Tetapi ijma’ para ulama fiqh, ia haram (diambil) dan kehormatan harta mereka tetap dihormati dan dipelihara dalam beberapa situasi, antaranya:
1.    Apabila seorang muslim memasuki Dar al-Harb secara aman atau dia menjadi tawanan. Manakala orang kafir tersebut memberi kepercayaan berkaitan jiwa dan harta kepadanya. Maka tidak halal dia mengkhianati mereka. Lantaran dia telah memberi jaminan kepada mereka tentang dirinya. Ini kerana perbuatan ini adalah suatu pengkhianatan. Walhal, pengkhiana­tan tidak dibenarkan dalam Islam.
Jika dia mencuri atau merampas sesuatu daripada mereka (kafir harbi), ia wajib dipulangkan kepada pemiliknya. Jika pemiliknya datang ke Dar al-Islam, ia wajib dipulangkan kepada mereka. Jika mereka tidak datang, dia hendaklah mengutuskannya kepada mereka. Ini kerana dia mengambilnya secara haram, oleh itu dia wajib memulangkannya, sama seperti jika dia mengambil harta orang Islam sendiri.4
2.         Apabila kafir harbi yang berada di Dar al-Harb memeluk Islam, darahnya terpelihara, harta dan anak kecilnya terkecuali daripada dijadikan tawanan perang. Hartanya tidak boleh diambil walau di mana sahaja ia berada atau dijumpai5. Perjanjian antarabangsa yang mengatur peraturan ini telah wujud sekarang.

3.   Dar al-‘Ahd (Negara Perjanjian):

Maksud al-‘Ahd ialah keamanan, zimmah, pemeliharaan dan penjagaan kehormatan. Setiap perjanjian sesama manusia adalah ‘ahdDar al-‘Ahd dalam Islam pula ialah setiap negara iaitu penduduk dan pemerintahnya berdamai dengan orang Islam dengan persetujuan menghentikan persengketaan, mewujudkan perdamaian atau tidak menceroboh. Sama ada dengan tukaran yang dibayar kepada muslimin ataupun tanpa tukaran.
Apabila ketua pemerintah Islam melihat mengadakan perdamaian dengan Dar al-Harb mempunyai kepentingan bagi umat Islam, perdamaian tersebut diharuskan. Allah berfirman:

﴾وَإِن جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ﴿٦١

Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada per­da­maian, maka kamu hendaklah cenderung kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. (al-Anfal: 61)
Rasulullah s.a.w juga mengadakan perjanjian damai dengan penduduk Mekah semasa al-Hudaibiyah. Permuafa­katan yang berlaku antara orang Islam hari ini dengan negara non-muslim, kecuali Israel, merupakan perjanjian (‘Ahd) dan persetujuan keamanan.
Keamanan Bagi Warga Dar al-‘Ahd:
Ketua pemerintah Islam bertanggungjawab menghalang orang Islam dan zimmi daripada menyakiti dan mengganggu warga Dar al-‘Ahd kerana mereka memperolehi perlindungan keselamatan jiwa dan harta mereka melalui perjanjian damai. Oleh itu, tidak dibenarkan menculik, meragut, menceroboh, menunggu peluang untuk bertindak jahat atau membunuh mereka dengan apa jua alasan. Tindakan tersebut merupakan satu pengkhianatan dan angkara keji terhadappihak yang berdamai. Ia tidak harus dilakukan oleh muslim dalam apa keadaan dan situasi sekalipun. Termasuk dalam tindakan (yang dilarang) ini ialah merampas kapal terbang dan lain-lain lagi.
Bagaimana pula pandangan terhadap orang yang mem­bunuh ahli zimmah atau ahli kitab di kampung halaman umat Islam dengan dakwaan mereka mempunyai kesalahan?! Sekira­nya benar terdapat kesalahan, di sana ada undang-undang yang wajib dihakimi oleh semua pihak supaya tidak berlaku perkara buruk atau kekacauan dan seterusnya dikaitkan dengan Islam dan orang Islam, padahal mereka tiada apa-apa kaitan dengannya.
Meskipun begitu, terdapat beberapa pendapat berkenaan syarat perjanjian damai bagi setengah ulama. Ia berdasarkan perbezaan zaman, masa dan kedudukan pihak yang menang. Sementara hari ini, orang Islam mesti meneliti segala perkara dengan kefahaman dan pandangan yang jelas supaya mereka tidak terdedah kepada kebencian, kritikan dan penghinaan.

4.   Dar al-Baghy (Negara Pemberontak)

Al-Baghy asalnya bererti zalim dan melampaui had melakukan kerosakan. “Lelaki melakukan baghy” iaitu lelaki tersebut bersikap sombong, menceroboh dan menyimpang daripada kebenaran. “Kumpulan yangbaghiyah” ialah kumpulan yang zalim dan tidak mentaati pemerintah yang adil. Contohnya, sabda Rasul s.a.w kepada ‘Ammar bin Yasir r.a:
“Kasihan ‘Ammar, dia akan dibunuh oleh kumpulan yang baghiyah (memberontak)”.
Pengertian syarak untuk al-baghy ialah: Penentang dan orang yang tidak mentaati pemerintah yang adil. Mereka enggan menunaikan kewajipan seperti zakat, cukai tanah dan lain-lain.
Dar al-Baghy dari segi istilah ialah: Sebahagian daripada negara Islam yang dikuasai oleh sekumpulan orang Islam. Namun mereka menentang pemerintah yang sah berdasarkan hujah yang mereka takwilkan lalu menjadi alasan kepada penentangan mereka. Mereka bertahan dan berkubu di bumi yang mereka kuasai. Mereka melantik pemerintah dari kalangan mereka. Selain itu, mereka juga memiliki ketenteraan dan kekebalan (pertahanan).
Pada hari ini, Dar al-Baghy menyamai revolusi tentera yang berlaku kini, rampasan kuasa dan perlantikan diri mereka sendiri sebagai pemerintah tanpa pilihanraya, bai‘ah ataupun kerelaan umat Islam. Umat ‘disalai’ api kezaliman mereka. Biasanya mereka tidak berkelayakan untuk memerintah dan tidak tahu urusan rakyat. Dengan itu, umat tersungkur di bawah genggaman tangan dan injakan kaki mereka. Umat hilang kekuatan dan musnah.
Bagi para pemberontak ini, terdapat hukum hakam yang boleh dirujuk kepada buku-buku fiqh6 .

5.   Dar al-Bid’ah (Negara Bid‘ah)

Manusia pada zaman moden kenal dengan negara-negara umat Islam yang tidak berhukum dengan Islam secara sempurna. Sebaliknya, ia menjalankan undang-undang wadh‘i (undang-undang buatan manusia), ataupun undang-undang tempelan, ataupun sistem pemerintahan tentera, ataupun bukan tentera yang memerintah mengikut hawa nafsunya di Dar al-Bid‘ah.
Dar al-Bid‘ah ialah negara yang telah hilang hukum sunnah di dalam negara tersebut, sebaliknya muncul di dalamnya hukum bid‘ah dan hawa nafsu yang wajib ditentang.

6.   Ad-Dar al-Maslubah (Negara Yang Dirampas)

Demikian mereka namakan negara yang pernah berada di tangan orang Islam dan memerintah dengan Islam, kemudian mereka lemah dan kekuatan mereka mula rapuh, lantas orang kafir dan tentera non-muslim mengalahkannya. Dengan itu, mereka menamakan negara tersebut dengan nama ad-Dar al-Maslubah. Para ulama mewajibkan jihad untuk mengembalikan­nya. Sebagai contoh, Andalus dan negara seumpamanya yang pernah dibuka oleh orang Islam dan mereka mendiaminya untuk suatu tempoh, kemudian mereka lemah, lantas negara tersebut dirampas melalui peperangan mahupun bukan peperangan.

Opick - Bila Waktu Telah Berakhir

Hargailah Masa....




Masa itu
Kurniaan Ilahi
Untuk kita menikmatinya
Hargai ia tiap ketika
Agar kita tak kesal nanti

Masa …tidak menunggu kita 
Kejarlah ia sepenuh daya
Dengan berhikmah serta waspada
Agar kita tak ketinggalan

Masa itu ibarat emas
Nilainya tinggi tidak terhitung
Andai dicuri hilanglah ia
Tidak mungkin kembali lagi

Masa juga ibarat pedang
Sentiasa menanti untuk mencantas
Andai terleka musnahlah kita
Nescaya dicantas olehnya

Ingat semua
Pesanan Ilahi
Manusia ini sentiasa rugi
Kerna tak pandai hargai masa
Sentiasa kita ditinggal olehnya

Masa yang lalu
Tak mungkin kembali
Walau dirayu diratap hiba
Walau dipujuk walau ditangisi 
Tak mungkin ia berpatah kembali

Hanya yang pasti 
Perlu dihargai
Masa kini yang sudah  nyata
Suburkan ia, jagalah ia 
Dengan iman,ilmu dan takwa


Masa itu ibaratnya emas
Nilainya tinggi tidak terhitung
Andai dicuri, andainya hilang
Nescaya tidak beroleh lagi


Masa jua ibaratnya pedang
Sentiasa menanti untuk mencantas
Andai terleka andai terlalai
Nescaya kita dicantas olehnya

Masa yang lalu
Yang telah pergi
Tak mungkin akan berulang lagi
Jangan diratap,jangan ditangisi
Kerna semua salah sendiri

Apa yang pasti
Perlu dinanti
Masa hadapan yang kabur  lagi
Mungkinkah ada mungkinkah tidak
Hanya Allah yang tahu jawabnya

Oleh itu ingatlah semua
Hargai masa tak kira di mana
Isilah dengan iman dan takwa
Nescaya kita mendapat rahmatNya……




“Demi masa, manusia itu sentiasa berada dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan dengan kebenaran serta kesabaran…….” 





Pertemuan semalam, hari ini dan esok





Pertemuan semalam
manisnya bagai madu yang diteguk
segalanya indah
membalut hati resah untuk tenang
lupa pada kisah silam
yang pilunya bukan kepalang


Pertemuan hari ini
terasa madunya kian susut
entah ...
tertahankan ia pada hukum alam
menghakis sirna yang mendatang
kekal pada azali kejadian


Pertemuan hari esok
makin sukar untuk aku meramalkan
mungkin kemanisan itu akan hilang terus
tapi aku pasti
madu itu pasti akan kembali terisi
andai pertemuan dulu
diabadikan sebagai penentu hari ini dan esok.


Kau datang lagi..
Kala aku sendiri
kau datang lagi
menghamparkan duri-duri
menikam batin ini
dengan ganasnya
tiada rasa simpati


Aku tahu
kau telah berjanji
akan mengheretku bersamamu
selagi aku bernyawa
dan terus berjuang
menuju jalan yang telah disuratkan


Kau tak pernah puas
dengki dengan kejayaanku
benci dengan perlakuanku
malah kau campakan aku
agar aku terjatuh seperti dirimu


Usahlah dikau berselindung
aku tahu siapa engkau
dan siapa aku


Insan.............
bila kita mencermin diri,
adalah sebaliknya
seminit dengan mendalam
engkau menatap
engkau tanya satu soalan
kepada insan dicermin
untuk siapakah engkau
sememangnya.................


sukar........
hidup seribu insan
namun pasti ada suratan
pasrah akan menyahut
biarpun pahit namun
tetap akan ditelan
kerana hidup sukar
dimengertikan
ibarat mimpi dalam khayalan.


Seandainya
diri ini bisa berkata-kata ke seluruh dunia
juga adanya suara yang kuat bergema
akan kulontarkan satu kata
biar ia berserakkan di mana-mana
biar ia tertusuk di sanubari
remaja, dewasa, lelaki, wanita...
bahawa dunia ini kian hampir akan hujungnya
dunia ini sudah terlalu tua
dunia ini hanya menunggu masa
untuk binasa
hapuskanlah persengketaan
koyakkan segala kekejaman
lunturkan segala maksiat
segala kejahatan
bersihkan diri dengan air suci
agar ia tidak hitam lagi
seandainya itu yang bisa kulakukan
alangkah damainya diri ini
lantaran hati tidak tertanggung lagi
kesedihan, keperitan
melihat segala titik hitam
yang semakin membesar... terlalu besar
takutnya... jika kita dilaknati
takutnya... jika kita tidak dirahmati
takutnya... jika kita enggan diberkati
aduhai semua
cukuplah membalut diri dengan dosa
kita di akhir zaman kini
pantaskan kaki mencari sinar abadi
untuk kebahagiaan yang menanti
di syurgawi...



Ramadhan Datang Bersama Keberkatan


Bulan Ramadan menyediakan ruang yang seluas-luasnya bagi hamba Allah untuk melaksanakan amal ibadah. Ganjaran pahala setiap amal ibadah akan dilipat gandakan. Ibadah sunat diganjari dengan pahala ibadah wajib manakala ibadah wajib digandakan dengan tujuh puluh kali pahala kebajikan.
Daripada Salman r.a. ia berkata: "Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- "Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu." [Riwayat Imam Baihaqi]
Iblis dan syaitan pula dirantai pergerakan mereka bagi memudahkan hamba-hamba Allah melakukan amal ibadah.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Apabila masuk bulan Ramadan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekalian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat."[Riwayat Bukhari & Muslim]
Begitu juga dengan anugerah Allah yang mengurniakan satu malam yang penuh rahmat iaitu malam al-Qadar (Lailatul Qadr). Amalan yang dilakukan pada malam ini adalah menyamai amalan yang dilakukan selama seribu bulan.
Firman Allah SWT, "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar" [Al-Qadr: 1-5]
Begitulah pemurahnya Allah yang Maha Esa. Tidakkah kita teruja dengan tawaran yang sangat hebat ini?
وَمَا كَانَ قَوْلَهُمْ إِلاَّ أَن قَالُواْ ربَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Tidak ada doa mereka selain ucapan: ""Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir
(Surah Ali-Imran 3: Ayat ke 147) 
Download Facebook Profile Picture ini dan Upload Di Facebook Anda (Klik di sini untuk download)  (1) 'Save As' dan upload (2) di gambar profil Facebook anda.
 

Supaya Engkau Menjadi Wanita Tercantik.....



♥ Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh♥
Sahabatku serta adik-adikku..
Kepada calon- calon bidadari penghuni syurga,Wahai calon- calon istri sholehah kebanggaan Islam,
Wahai kaum hawa yang didadanya telah tertanam bunga bunga iman....Mari sejenak menyelami samudera hikmah dan kebijaksanaan... meneguk sejuknya untaian nasehat-nasehat yang akan menghilangkan dahaga iman. Semoga dengan sedikit nasehat ini, bagai terasa ditengah ganasnya gurun pasir kehidupan... yang bersumber dari Al-Qur'an dan Sunnah, serta lisan-lisan yang jujur...
~♥♥♥~
Allah berfirman:
"Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu, dan istri-istri orang-orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Qs. Al-Ahzab: 59).
Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu berkata:
"Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, yang artinya: "Ada dua golongan ahli neraka yang tidak pernah aku lihat sebelumnya; sekelompok orang yang memegang cambuk seperti ekor sapi yang dipakai untuk mencambuk manusia, dan wanita-wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang, mereka berjalan melenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak bisa mencium aromanya. Sesungguhnya aroma jannah tercium dari jarak sekian dan sekian." (HR. Muslim)
"Dan hendaklah kamu tetap berada di rumahmu, dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti model berhias dan bertingkah lakunya orang-orang jahiliyah dahulu (tabarruj model jahiliyah)." (Qs. Al-Ahzab: 33)
Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Dan tidaklah patut bagi mukmin dan tidak (pula) bagi mukminah, apabila Allah dan rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, kemudian mereka mempunyai pilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya. Maka sungguhlah dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata." (Qs. Al-Ahzab: 36)
"... dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung kedadanya," (Qs. An-Nuur: 31)
Saudariku...
Wanita muslimah laksana bunga yang menawan, wanita muslimah yang sholehah bagaikan sebuah perhiasan yang tiada ternilai harganya. Begitu indah, begitu berkilau dan menyejukkan setiap mata yang memandang...
Teramat banyak yang ingin meraih bunga tersebut... Namun tentunya... tak sembarang orang berhak meraihnya... menghirup sarinya... hanya yang dia yang benar-benar terpilihlah... yang dapat memetiknya... meraih pesonanya...
Wanita muslimah adalah ibarat permata yang sangat berharga. Dan islam menyuruh memperlakukan wanita sepeti permata yang sangat berharga. Yaitu permata yang tidak boleh disentuh oleh siapapun selain pemiliknya. Seandainya permata-permata itu berpindah tangan, niscaya ia akan kehilangan nilainya.
♥♥ Saudariku...
Muslimah Sejati, adalah mereka yang pandangan matanya selalu menunduk dan mampu menundukan mata-mata lelaki yang mencoba menaklukannya.
♥♥ Saudariku...
Tidak semua wanita berjilbab itu sholehah, tapi wanita sholehah itu pasti berjilbab. Jika hidup ini pilihan pilihan, kenapa hanya sedikit wanita yang memilih untuk menjadi wanita sholehah yang hidupnya dikagumi dunia dan di nanti syurga? Jika Allah Ta'ala menjadikan Islam itu mudah. Bukan berarti hal Wajib boleh menjadi Sunnah. Dan jika, Berjilbab itu wajib. Bukan berarti wanita boleh sesuka hatinya pamer aurat dan mengatakan aku belum siap. Wajib tetap harus dilaksanakan dan dosa tetap ditulis. Dan ini Ketetapan Allah.
♥♥ Saudariku...
Tidaklah sama antara wanita mukminah dan wanita kafir. Wanita mukminah adalah perempuan yang beriman, dermawan, berpuasa, memakai hijab. Takut pada Tuhannya, ramah terhadap tetangganya, taat pada suaminya dan sayang pada anak-anaknya. Dia mendapatkan pahala yang besar, ketentraman, dan keridaan-Nya. Sedangkan perempuan kafir, suka memamerkan kecantikannya, jahiliyah, naïf, suka memamerkan pakaiannya bagai barang dagangan, komoditi murahan yang dijajakan di banyak tempat, tidak bernilai sama sekali, tanpa kehormatan, tanpa kemuliaan dan kehilangan keserian.
♥♥ Wahai Saudariku... Agar engkau menjadi wanita terelok di dunia
Engkau dengan segala yang engkau miliki lebih baik dari jutaan wanita lain. Dengan Kecantikanmu, engkau lebih elok daripada matahari. Dengan akhlakmu, engkau lebih wangi daripada harum minyak kesturi. Dengan rendah hatimu, engkau lebih tinggi daripada rembulan. Dan dengan kelembutanmu, engkau lebih halus daripada rintik hujan. Maka jagalah kecantikanmu dengan keimanan, kerelaanmu dengan puas diri, dan harga dirimu dengan jilbab. Hingga engkau menjadi wanita terelok di dunia.
Ketahuilah bahwa perhiasanmu bukanlah emas atau perak, tetapi dua rakaat menjelang subuh, dahagamu ditengah hari yang panas kerana puasa, dermamu yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah, air mata taubat dan sujudmu dikeheningan malam. Emasmu adalah agamamu, perhiasanmu adalah budi pekertimu, dan hartamu adalah sopan santunmu. Pakailah pakaian takwa, niscaya engkau akan menjadi wanita tercantik didunia.

♥♥ Saudariku... Jadilah engkau seperti kupu-kupu
Jadilah engkau seperti kupu-kupu, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung kepada yang lain, terbang dari satu bunga ke bunga lain, dari satu taman ke taman lain. Lihatlah... dia tidak mengeluh atas hidupnya yang sebentar, tapi dalam hidupnya yang begitu singkat dia telah menebarkan keindahan dan membuat orang yang melihatnya senang. Atau jadilah engkau seperti lebah yang selalu makan sesuatu yang baik dan menghasilkan yang baik pula, jika ia hinggap diatas tangkai tidak mematahkan, menyentuh nektar tapi tidak merosaknya, mengeluarkan madu, terbang dengan rasa cinta dan hinggap dengan tali kasih. Itulah ibarat wanita yang lembut, perempuan sejati, yang kehadiran dan kedatangannya membawa keindahan dan sejuta manfaat, tidak ada yang tersakiti orang lain melalui perbuatan maupun lisannya.
♥♥ Saudariku...
Semoga engkau menjadi permata yang berkilauan. Yang tidak mudah disentuh kecuali oleh yang berhak. Yang menyadari kemuliannya. Yang menundukkan pandangannya, memelihara auratnya. Yang teguh menjaga kehormatan dan kesuciannya.
♥♥ Saudariku... Kerana...
Ibnul Qayyim dalam bukunya 'Taman orang-orang jatuh cinta & memendam rindu' menulis bahwa
"Allah menjadikan penyebab kesenangan adalah keberadaan istri." Andaikata penyebab tumbuhnya cinta adalah rupa yang elok, tentunya (wanita) yang tidak memiliki keelokan tidak akan dianggap baik sama sekali. Kadangkala kita mendapatkan orang yang lebih elok rupanya memilih pasangan yang lebih buruk rupanya, padahal dia juga mengakui nilai keelokan (wanita) yang lain. Meski begitu, tidak ada keburukan apa-apa dalam hatinya. Kerana kejernihan akhlaq merupakan sesuatu yang paling disukai manusia, dengan begitu kita tahu bahwa inilah yang paling penting dari segalanya. Memang boleh saja cinta tubuh kerana sebab-sebab tertentu. Tetapi cinta itu akan cepat lenyap, dengan lenyapnya sebab.'
Kalau bahasa ringkasnya, 'kecantikan wajah terletak di hati seseorang. Jauh lebih penting dari kecantikan wajah adalah kesejukan wajah Anda ketika suami memandang.'
Dalam sebuah hadits Rasullullah mengatakan... nikahilah seorang wanita kerana agamanya. Sebab, seorang budak wanita yang sholehah meskipun buruk wajahnya adalah lebih utama."
Wanita yang (akhlaknya) buruk adalah untuk laki-laki yang (akhlaknya) buruk, dan laki-laki yang (akhlaknya) buruk untuk wanita yang (akhlaknya) buruk pula. Wanita yang baik-baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik-baik untuk wanita yang baik-baik pula. (Qs. An-Nur: 26).
Wahai saudariku muslimah, wanita adalah kunci kebaikan suatu umat. Wanita bagaikan batu bata, ia adalah pembangun generasi manusia. Maka jika kaum wanita baik, maka baiklah suatu generasi. Namun sebaliknya, jika kaum wanita itu rusak, maka akan rosak pulalah generasi tersebut.
Maka, engkaulah wahai saudariku... engkaulah pemikul amanah pembangun generasi umat ini. Jadilah engkau wanita muslimah yang sejati, wanita yang senantiasa menjaga kehormatannya. Yang menjunjung tinggi hak Rabb-nya. Yang setia menjalankan sunnah Rasul-Nya.
♥♥ Saudariku... Wanita sholehah adalah Bidadari Dunia
Allah telah dengan begitu Indahnya mengibaratkan, bahwa salah satu ciri bidadari adalah tidak pernah disentuh, kesuciannya terjaga dan sopan.
Wanita sholehah bukan hanya mereka yang berwajah cantik namun juga wanita yang kecantikannya terpancar dari aura hatinya, matanya terjaga dari hal-hal yang diharamkan syari'at, pandangannya menyejukan mata sang suami, tidak pernah membantah suami yang menuntunnya menapaki jejak-jejak Assunnah dan patuh terhadap Al-Qur'an. Menjadi penyuntik semangat dikala suami kalah dan lelah.
Berdiri tegak mendampingi suami dalam masa masa sulit, berada disisinya disetiap suasana. Menjadi penghibur dikala gelisah, dan menjadi alarm dikala lelapnya fajar membuai, mengingatkan suami tercinta dengan percikan air wudhu di wajahnya. Sungguh Kebahagiaan Memiliki wanita sholehah,,, hingga manusia menggambarkannya sebagai bidadari.